Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Disyaki Ada Hubungan Dengan Isteri Orang, Remaja 16 Tahun Maut Ditikam

Seorang remaja lelaki warga Myanmar berusia 16 tahun maut ditikam di belakang sebuah pasar raya di Taman Klang Utama, dipercayai akibat mempunyai hubungan dengan isteri orang, dalam kejadian yang berlaku Ahad lepas.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian terbabit selepas menerima panggilan MERS999 kira-kira jam 11 malam.

FOTO: Gambar Hiasan
“Pasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa cedera parah serta disahkan meninggal dunia dengan mendapati terdapat lebih 20 kesan tikaman di bahagian badan dan leher mangsa”, katanya hari ini.

Polis turut menahan lima lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun di sekitar Klang dan berdasarkan siasatan awal, motif pembunuhan dipercayai cemburu kerana mangsa mengenali isteri salah seorang suspek yang bekerja di tempat sama.

Antara barang kes yang telah dirampas ialah basikal yang digunakan mangsa serta telefon bimbit suspek.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Vijaya Rao berkata, semua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 9 Disember untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ditulis oleh Nur Kasih

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Politik

Gesaan agar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden parti semakin mendapat momentum selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam...

Nasional

Malaysia terus melangkah ke hadapan dalam pembangunan infrastruktur bawah tanah menerusi penganjuran Trenchless Asia 2025, persidangan dan pameran antarabangsa yang mengetengahkan teknologi tanpa korekan...

Dunia

Proses pemilihan Paus baharu dimulakan di Vatican hari ini dengan dijadualkan seramai 133 kardinal akan berkumpul di Gereja Kecil Sistine bagi mengikuti pemilihan tersebut....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd