Connect with us

Buzz

Disangka Kencing Berdarah, Lelaki Ini Tergamam Disahkan Wanita Dan Haid Selepas 33 Tahun

CikKoin

Diterbitkan

pada

Kerap mempunyai masalah kencing berdarah, seorang lelaki warga China tidak menyangka bahawa dia sebenarnya mengalami menstruasi atau lebih dikenali sebagai  haid selepas membuat pemeriksaan di sebuah hospital.

Menurut laporan South China Morning Post, lelaki yang mahu dikenali sebagai Chen Li itu adalah seorang wanita secara biologi ketika menjalani ujian analisis kromosom. Apa yang lebih mengejutkan, dia mengetahui perkara tersebut selepas berumur 33 tahun.

Difahamkan, Chen Li pernah mengambil risko dengan membuat pembedahan bagi membetulkan semula masalah membuang air kecil yang tidak teratur sejak akil baligh. Kesan daripada itu, dia perlu menanggung masalah air kencing selama lebih 20 tahun.

Malah, rawatan yang dilakukan sebelum ini berkaitan kekejangan dan ketidakselesaan perut yang dialaminya  masih berterusan dan susulan itu, doktor telah mengesahkan bahawa dia mengalami penyakit apendisitis.

Bagaimanapun, misteri mengenai penyakit yang dialaminya selama ini akhirnya terbongkar apabila doktor mengesahkan Chen mempunyai kromosom seks wanita.

Kekejangan dan ketidakselesaan yang dirasainya sebelum ini adalah disebabkan oleh tanda-tanda kedatangan haid yang menjadi kebiasaan buat wanita.

Berita yang mengejutkan itu membuatkan Chen segera mendapatkan rawatan masalah kemaluan di sebuah hospital Guangzhou dan hasil pemeriksaan mendapati, dia juga mempunyai organ pembiakan wanita termasuklah ovari dan rahim.

Bukan itu sahaja, hormon seks wanita dan aktiviti ovari yang dimilikinya adalah berpadanan denganwanita dewasa yang sihat namun, paras hormon seks lelaki androgen adalah di bawah tahap purata.

Ekoran daripada itu, doktor memaklumkan Chen mempunyai kedua-dua organ pembiakan lelaki dan wanita bahkan, dia telah menjalani pembedahan bagi membuang organ pembiakan wanita selama tiga jam pada 6 Jun lalu.

Chen akhirnya boleh melalui kehidupan sebagai seorang lelaki meskipun kejadian tersebut memberi sedikit kesan terhadap kesihatan fizikal dan juga psikologinya.

Sumber: South China Morning Post

Facebook Comments

Trending