Sosial
Dipandang Rendah Kerja Sebagai Pemandu Lori, Pemuda Ini Tayang Sijil Dekan 4 Semester!

Siapa sangka, pemuda yang bekerjaya sebagai pemandu lori sehingga dipandang enteng oleh masyarakat rupa-rupanya adalah seorang pelajar cemerlang bagi kelulusan Ijazah Sarjana Muda Persembahan (Teater) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @Amirul_daus98 di laman Tiktok nya, dia turut mendapat empat kali dekan berturut-turut dengan menunjukkan empat keping sijil anugerah dekan yang diterimanya sewaktu pengajian dahulu.
@amirul_daus98 Betul lah tu, cukup2 makan je ni #fyp #fypシ #upsi #konvokesyenupsi #abanglori #peskonupsi23 #teater
Menurut laporan mStar, tujuan utama dia bertindak sedemikian adalah untuk mengubah cara pemikiran orang di sekelilingnya yang memandang rendah mengenai kerjaya sebagai seorang pemandu lori.
Katanya, segelintir masyarakat beranggapan bahawa individu yang bekerja sebagai pemandu lori ini adalah seorang yang tidak mempunyai pelajaran serta dilabel sebagai seorang pemalas.
“Jadi saya hasilkan video ini sebab terkesan dengan mentaliti masyarakat. Malah ada artikel dikeluarkan dengan meletakkan topik ‘Lori pembunuh nombor satu lebuh raya’ yang membuatkan masyarakat lebih memandang buruk terhadap kami seolah-olah kemalangan yang melibatkan kenderaan berat sengaja dilakukan,” ujarnya.
Tambah pemuda kelahiran Teluk Intan, Perak itu lagi, keadaan ekonomi yang melanda pada masa kini menyebabkan sesetengah graduan cemerlang tidak boleh memilih apa-apa bidang pekerjaan untuk menjana pendapatan.
Meskipun Amirul menerima pelbagai kata negatif yang dilontarkan oleh masyarakat, itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang pemandu lori.
Jelasnya lagi, sudah menjadi kebiasaan terdedah dengan pekerjaan sebagai pemandu lori kerana dia telah mengikuti saudaranya memandu lori selama empat tahun.
Namun begitu, dia sangat berharap masyarakat tidak mengkritik kerjaya seseorang dengan cepat dan bersikap lebih terbuka dalam menilai pekerjaan orang lain.
“Saya dah faham dengan persekitaran kerja dan mahir dengan banyak jalan. Saya pun dah lama teringin melancong ke seluruh Malaysia. Dengan jadi pemandu lori, secara tak langsung meluaskan pemandangan dan pengalaman tanpa perlu memikirkan kos minyak dan tol kerana semuanya ditanggung syarikat,” katanya lagi.
Bahkan, rata-rata netizen memuji sikap yang ditunjukkan oleh amirul yang tidak memilih dalam pekerjaan walaupun mempunyai latar belakang pendidikan yang sangat cemerlang.
Dalam pada itu, Amirul turut memberikan pesanan kepada umum supaya tidak menghukum atau meletakkan kesalahan di bahu mana-mana pemandu lori di luar sana sebagai asbab berlakunya kemalangan jalan raya.
-
Buzz3 weeks lepas
Ghairah Cium Bakal Isteri, Lelaki Ini Ditampar Ketika Majlis Pertunangan
-
Semasa3 weeks lepas
Terus Masuk Ke Akaun Peribadi, Cara Pengurusan Wang Sumbangan Uncle Kentang Dipertikai
-
Buzz3 weeks lepas
Doktor Pakar Bius Kantoi Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit Ketika Pembedahan Czer Berlangsung
-
Berita4 weeks lepas
Buang Gaya Hidup, Sedia Hadapi Kemelesetan Ekonomi, Wartawan Senior Saran Simpan RM400 Mulai Sekarang
-
Berita4 weeks lepas
Berlambak Dijual Di Golok, Thailand, Penyeludup Minyak Masak Subsidi Kaya Raya
-
Hiburan4 weeks lepas
Pemuda Ini Belanja Tiket Filem Mat Kilau Untuk Anak Tahfiz, Satu Panggung Penuh Dengan Kopiah Putih!
-
Hiburan4 weeks lepas
Nas Daily Kantoi Maki “Fu*k Israel, Kali Ini Sempat Dirakam Kamera
-
Berita3 weeks lepas
Fenomena ‘Supermoon’ Dijangka Akan Berlaku Jam 5.09 Petang Ini
Facebook Comments