Connect with us

Inspirasi

Dimekap Jurusolek Artis, Gadis Tanpa Sebelah Mata Dipuji Tetap Cantik!

Memiliki kekurangan fizikal bukan penghalang bagi seseorang untuk terus berada dalam kesedihan. Sebaliknya mereka perlu menjalani kehidupan dengan penuh semangat dan yakin terhadap kebolehan diri sendiri!

Itu dilakukan seorang gadis, Hikmah Razlan yang pernah tular di media sosial beberapa bulan lalu kerana mempunyai penglihatan sebelah mata namun kekal berfikiran positif.

Terbaru, gadis berusia 21 tahun itu menjadi perhatian di laman Instagram milik seorang jurusolek artis yang dikenali sebagai Sakinah yang memberi ‘sentuhan’ istimewa pada wajahnya.

Solekan ‘natural’ untuk si cantik!

View this post on Instagram

Natural look for my pretty @hikmahrazlan ❤️ . . #makeupbynasakinah

A post shared by Celebrity Makeup Artist (@ynasakinah) on

Kelihatan manis dengan busana serba ‘peach’, walau bagaimanapun jurusolek tersebut tidak berkongsi tujuan gadis itu melakukan transformasi pada wajahnya.

Posting berkenaan dihujani ratusan komen warganet termasuk beberapa artis turut memuji yang menyifatkan Hikmah cantik dengan cara tersendiri walaupun menghadapi kekurangan fizikal.

MasyaAllah cantik!

Kulitnya pun cantik!

Kekurangan bukan satu penghalang!

Sumber : Instagram

Continue Reading
Advertisement

Trending