Inspirasi
Dilayan Bagai Tiada Harga Diri, Petugas Pembersihan Kongsi Dugaan Kerja Kutip Sampah

Dibuat seperti tiada harga diri, itulah antara layanan yang pernah diterima oleh petugas pembersihan ketika mereka berdepan dengan individu-individu yang enggan memberi kerjasama.
Mungkin kerja mengangkut sampah dan membersihkan ada kalanya hanya dipandang sebelah mata oleh segelintir anggota masyarakat.
Walhal, tanpa mereka kita semua mungkin hidup dalam keadaan kotor, tetapi masih juga lagi mahu bersikap sombong dan memandang enteng terhadap profesion tersebut.
Ajak bertumbuk bila ditegur
Menerusi laporan Perak Gazette, terdapat segelintir yang tiada common sense, tergamak membuang sampah sesuka hati dan tidak menggunakan tong sampah yang telah disediakan.
Berdasarkan pengalaman petugas pembersihan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), apabila ditegur tindakan mereka, ada yang marah-marah sehingga ajak bertumbuk.
Hari2 kerja demi tanggungjawab
Kata Ketua Penolong Pengarah Kesihatan MBI, S.Manisegaran, tiada istilah hari cuti pada tugas pembersihan kerana operasi mereka berjalan setiap hari tanpa gagal, meskipun petugas diberi hari cuti mengikut giliran tetapi kerja-kerja pembersihan tetap berjalan.
Bagi memastikan kawasan sekitar sentiasa bersih, para petugas memulakan kerja seawal 6.45 pagi dan hanya berakhir pada pukul 4 petang.
Awal pagi dah kerja
Ketika ada diantara kita sedang nyenyak tidur, mereka inilah menyapu sampah, kutip sampah dan membersihkan sampah haram di bandaraya ini dengan keluasan kira-kira 643 kilometer persegi.
Malah, ada masanya mereka terpaksa berkorban masa dengan keluarga ketika hari raya Aidilfitri, dek kerana tanggungjawab yang digalas.
Jadi, janganlah kita ini hidup mendongak ke langit, kerana setiap daripada kita memainkan peranan penting dalam masyarakat. Maka tiada salahnya untuk saling menghargai.
Sumber : Perak Gazette

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit