Infozon
Didik anak lelaki buat kerja rumah dari kecil lagi, barulah tak jadi macam raja bila sudah beristeri nanti

Saya pesan kepada isteri. Dari kecil kita kena didik anak lelaki untuk buat kerja rumah. Pesan saya lagi. Lipat baju,basuh pinggan,potong bawang,siang ikan,mop lantai,cuci tandas,buang sawang ini bukan kerja anak perempuan atau isteri sahaja.
Semua perlu ambil tanggungjawab . Kita ibu bapa jangan membezakan mana tugas anak lelaki dan mana tugas anak perempuan. Saya tidak bersetuju sesetengah ibu bapa membezakan tugasan anak-anak mengikut jantina. Melainkan ada kerja tertentu sahaja yang kita perlu agihkan mengikut kemampuan mereka.
Anak lelaki jika sudah terbiasa dengan kerja dapur,ubahsuai bunga,kemas bilik tidur,hias rumah. Insyaallah kahwin nanti banyak perkara dapat ringankan beban isteri. Akan pandai uruskan isteri saat berpantang.
Ubah persepsi kita. Anak lelaki ubah bunga tidak akan tukar jantina.
Selain itu, jagalah anak lelaki. Jagalah mereka dengan agama. Apabila mereka sibuk dengan agama,fikir risau tentang iman,amal. Insyaallah anak-anak perempuan akan terselamat. Anak-anak perempuan akan mulai tinggi sifat malunya.
Apabila anak lelaki dijaga dengan agama insyaallah mereka akan menolak segala maksiat,menolak segala kejahatan. Untuk datangkan sifat ini bermula dari rumah,hidupkan rumah kita dengan Kalam الله Dan Rasul.
Tidak risaukah kita saban hari anak-anak gadis terlibat dengan zina,mengandung dan melahirkan anak tidak sah taraf. Paling sadis buang bayi dalam tandas,dalam longkang.
Tuan puan. Sama-sama kita didik anak-anak cinta Allah dan Rasul lebih dari segalanya. Hidupkan jiwa mereka untuk cinta Al-Quran dan sentiasa berdamping dengan orang yang soleh.
Bangunlah malam ini untuk tahajjud. Mengadu,merayu kepada الله. Tiada siapa lagi untuk kita berhadap,memohon pertolongan,perlindungan melainkan hanya kepada الله. Apa erti malam kita tanpa dahi sujud kepadaNYA. Hanya الله dapat menyelamatkan kita dan anak-anak dari segala fitnah akhir zaman.
Sumber : Muhammad Ahmad

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit