Connect with us

WTF

Demi Pikat Hati BF, Gadis Sanggup Bantu BF Mencuri

Bila dilamun cinta, tanpa sedar kita akan melakukan perkara-perkara yang pelik malah kita juga akan bertindak lebih daripada yang dijangka.

Baru-baru ini, seorang lelaki telah memuat naik video CCTV kes kecurian kasut di rumahnya. Namun apa yang memeranjatkannya apabila perbuatan tersebut dilakukan oleh seorang lelaki dan perempuan yang didakwa pasangan kekasih.

Mencuri kasut dengan BF?

Ketika kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Amirul mengatakan bahawa dia tiada di rumah kerana membawa ayahnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Namun dia hanya menyedari kasutnya hilang sehari selepas kejadian itu berlaku, semasa dia mahu ke tempat kerja.

Amirul segera meminta tolong daripada jirannya untuk melihat rakaman CCTV memandangkan rumahnya tidak memiliki CCTV.

Ambik dua kasut, letak kat beg GF

Menerusi rakaman CCTV, kelihatan seorang wanita telah mengambil kedua-dua kasutnya dan menyimpan di dalam beg milik wanita tersebut. Kasut tersebut yang berada di luar rumah pada ketika itu merupakan kasut berjenama Clark dan Dr Martens.

Amirul dijangka mengalami kerugian sebanyak Rm500 dan hasil daripada rakaman tersebut, kenderaan dan nombor pendaftaran kereta suspek berjaya dikesan.

Selepas curi terus lesap

Difahamkan laporan pihak polis telah dibuat oleh Amirul memandang ini bukan kali pertama kejadian mencuri berlaku di sekitar Vista Tasik Condo, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Pengawal kondominium itu juga berkata ketika hari kejadian, suspek lelaki telah memberitahu bahawa dia hendak drop off  penumpang di Blok F dan telah memberikan nombor pengenalan diri palsu.

Amirul juga telah berkongsi kejadian tersebut di laman Twitter miliknya dan rata-rata netizen telah memberikan komen negatif terhadap perbuatan pasangan tersebut.

Sumber : MStar 

Continue Reading
Advertisement

Trending