Connect with us

WOW

Cuma kenal 3 Jam Melalui Telefon, Ustaz Muda Terus Meminang Gadis Pilihan

Untuk mendirikan rumah tangga, kita hendaklah bersedia dari segi mental dan fizikal. Bukan itu sahaja, kita juga perlu benar-benar mengenali pasangan kita serta sanggup menerima baik dan buruk agar hubungan selepas berkahwin berjalan lancar.

Namun, jika dah namanya jodoh, cepat atau lambat pasti akan bersatu juga.

Terus hantar rombongan meminang

Hal ini samalah seperti perkongsian pasangan yang telah bertunang berkenaan tempoh perkenalan mereka yang begitu cepat sebelum masing-masing bersetuju untuk melangkah ke fasa seterusnya.

Dalam perkongsian di Instagram seorang selebriti media sosial Indonesia, dia hanya mengambil masa tiga jam sahaja selepas berkenalan dengan wanita pilihannya dan memutuskan untuk melamar gadis tersebut.

https://www.instagram.com/p/CL6urLMA1_o/

Yakin dengan keputusan

Pengguna media sosial dikenali sebagai khikman_fq yang juga seorang ustaz telah membawa rombongan keluarga melamar pilihan hatinya dan masing-masing sah bergelar tunangan. Menurutnya lagi, dia mahu hubungan ini mendapat restu orang tua danĀ  rakan-rakan.

Tunangnya yang dikenali sebagai aa_fahira pula menjelaskan bukan mudah untuk membuat keputusan menerima lamaran tersebut memandangkan mereka hanya bersua muka ketika majlis berkenaan namun menguatkan hati dan yakin dengan jalan yang Allah telah tetapkan kepada mereka.

 

Jadi, dalam kedua-dua perkongsian yang dibuat oleh pasangan terbabit, mereka berharap agar hubungan yang terbina ini terus dipermudahkan dan tujuan untuk menghalalkan hubungan juga dilancarkan kerana masing-masing telah yakin dengan pilihan yang sudah dibuat itu.

Sumber: khikman_fq, aa_fahira

 

Continue Reading
Advertisement

Trending