Infozon
China Derma Lebih 350 Juta Dos Vaksin Ke Luar Negara, Termasuk Malaysia

Bekalan vaksin COVID-19 yang diderma dan dieksport China ke luar negara berjumlah lebih 350 juta dos setakat Jumaat, menurut Suruhan Jaya Kesihatan Negara (NHC).
Naib ketuanya, Zeng Yixin dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) berkata pembekal domestik turut mengadakan kerjasama dengan negara membangun lain untuk mempergiat pengeluaran berskala besar.
Eksport vaksin dalam bentuk cecair
Dalam pada itu, vaksin China dalam bentuk cecair dihantar ke Malaysia, Indonesia, Brazil, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Pakistan dan lain-lain untuk pembotolan dan pengagihan.
China antara yang paling awal berjanji menawarkan vaksin dibangunkannya sebagai produk awam global, supaya negara-negara membangun boleh mendapat akses dan mampu menanggung kos penggunaannya.
Setakat 4 Jun, China telah menyalurkan bantuan vaksin kepada lebih 80 negara sambil mengeksport produk kesihatan itu ke lebih 40 negara, yang jumlah keseluruhannya mencecah 357.01 juta dos.
Dalam perkembangan lain, NHC mengesahkan sebanyak 763.06 juta dos vaksin COVID-19 sudah disuntik di China setakat Sabtu.
Sumber: BERNAMA

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit