Connect with us

Cute

Ceria Masa Bertugas, Rider Tayang Tarian ‘Moonwalk’ Ketika Hantar Pesanan Pelanggan

Sewaktu era pandemik COVID-19 ini ramai yang lebih memilih untuk tinggal di rumah bagi mengelakkan penularan virus bertambah.

Justeru itu, kebanyakan orang mengambil inisiatif untuk memesan makanan secara online dan dihantar terus ke rumah.

Baru-baru ini, tular sebuah video menghiburkan memperlihatkan seorang rider sedang menghantar pesanan kepada pelanggan.

Apa yang mencuri perhatian netizen adalah apabila rider tersebut menunjukkan tarian gaya ‘moonwalk’ sebelum meletakkan pesanan di rumah pelanggan.

Sempat tayang tarian ‘moonwalk’

Memetik penulisan Mothership, perbuatan lelaki berkenaan telah dirakam menerusi sebuah kamera tersembunyi yang terletak di hadapan pintu rumah pelanggan itu.

Advertisement

Menerusi rakaman itu, rider yang memakai topi keledar berkenaan dilihat memegang plastik bungkusan makanan ketika sedang menari dan sempat memberi thumbs up sebelum menyelesaikan tugasnya.

Rider yang bagus

Dia tahu cara untuk kekal positif

Dia menari kerana telah mencapai target

Baik sungguh pelanggan yang menghargai

Jadi rider bukan tugas mudah

Sumber: Mothership.sg (Belmont Lay)

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending