Connect with us

Inspirasi

Cemerlang Akademik & Kajian! Tiga Pelajar Di Amerika Syarikat Menang Anugerah

Kejayaan dan kesenangan tidak datang bergolek! Setiap perkara dilakukan perlu usaha yang gigih, selain doa dan tawakal mengiringi perjalanan dalam kehidupan seperti diraih tiga pelajar Malaysia tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini.

Para penuntut Pengajian Ijazah Sarjana Muda Microbiologi di Michigan State University, Amerika Syarikat itu telah merangkul kejayaan Class of 2020 Deparmental Award daripada Department of Microbiology and Molecular Genetics, College of Natural Science.

Nurul Izzati Mohamed, Nurul ‘Iffa Nazirah Taini Achim, masing-masing menerima anugerah Dietrich C. Bauer Scholarship Award (High Honor Distinction), manakala Nuur Aqilah Izzati Othman pula Russel Duvall Endowed Scholarship Award (Research).

PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN PELAJAR-PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DI MICHIGAN STATE UNIVERSITY, AMERIKA…

Posted by PPL JPA Washington DC on Saturday, May 16, 2020

Menerusi kenyataan rasmi JPA di Facebook, sebanyak lapan anugerah dipertandingkan dan tiga anugerah itu dibolot oleh mereka selepas penilaian berdasarkan kepada kecemerlangan akademik sepanjang tempoh pengajian dan kualiti serta potensi kajian yang dijalankan.

Nurl Aqilah Izzati, 23, adalah penerima tunggal Anugerah Russel Duvall Endowed Scholarship dan penganugerahan itu berdasarkan penilaian panel terhadap pembentangan kajian Wheat Allergy: Do Wheat Genotypes Differ in Allergenicity.

Lebih membanggakan apabila kejayaan ketiga-tiga pelajar tersebut disiarkan dalam laman web rasmi Department of Microbiology and Molecular Genetics, College of Natural Science, Michigan State University.

Posting berkenaan dihujani ucapan tahniah netizen yang turut berbangga serta tumpang gembira melihat anak Malaysia meraih kecemerlangan di luar negara sekaligus dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan tanah air.

Sumber : Bernama , JPA

Continue Reading
Advertisement

Trending