Connect with us

Infozon

Cecah Usia 40 Tahun, Song Ji Hyo Tak Tolak Kemungkinan Bakal Tinggalkan Running Man

10 tahun bersama Running Man, rancangan hiburan daripada Korea itu tidak perlu diperkenalkan lagi kerana boleh dikatakan, rancangan itu mempunyai peminat dari serata dunia.

Antara penyeri utama Running Man, siapa lagi kalau bukan Song Ji Hyo. Bakal menginjak usia 40 tahun, baginya ia tidak menjadi satu tekanan, malah tetap menjalani hidup dengan gembira.

Usia makin meningkat, ambil masa untuk sembuh

Namun, Ji Hyo berkata dalam satu temu bual, dia tidak menafikan bahawa mencecah usia 40 tahun, badannya mungkin perlu mengambil masa untuk sembuh memandangkan dia perlu terlibat dalam aktiviti lasak di dalam Running Man.

Bagaimana pun, Ji Hyo tidak memandang ia sebagai satu masalah, malah dia tetap bahagia dengan kehidupan sekarang dan masih berpeluang melakukan pelbagai perkara.

Tetap gembira jalani hidup

Setelah 10 tahun bersama Running Man, Ji Hyo tetap cekal menjalani penggambaran yang lasak meskipun sudah bakal memasuki usia 40-an.

Akan tetapi, pelakon jelita itu tidak menolak kemungkinan jika setelah usia 40 tahun, dia perlu meninggalkan Running Man, Ji Hyo berharap dia masih mampu berusaha dalam bidang lain pula.

Sumber : Koreaboo

Continue Reading
Advertisement

Trending