Infozon
Cara melayan anak sulung dengan betul setelah mendapat anak kedua

Lahirnya anak kedua di dalam suatu keluarga, kadang kala membuatkan anak sulung terasa seperti dipinggirkan.
Padanya adik itu seakan-akan mengambil tempat di hati, perhatian dan kasih sayang mama dan papa darinya. Lantas, ada yang berubah sikap dengan kehadiran adik. Kerana mereka kanak-kanak, komunikasi verbal mereka terhad, perubahan kelakuan adalah signal untuk mereka menyatakan apa yang terbuku di hati.
Apatah lagi, bila adik lahir terlalu dekat dengannya. Pada mama dan papa, kasih sayang tidak luak walau setitik pun tetapi anak sulung mungkin tidak beranggapan begitu.
Bagaimana mengendalikan anak sulung kita ini? Mungkin tips yang saya kongsikan ini boleh membantu:
1. Utamakan yang sulung dahulu
Sekiranya kita bekerja, dan anak-anak kita tinggal di rumah pengasuh, apabila menjemput anak-anak balik, pastikan kita panggil dan dapatkan anak kita yang sulung dulu. Apa-apa pun, dia dulu yang kita peluk dan cium. Katakan padanya yang kita rindukan dia.
Tanyakan apa dia buat hari ini. Kemudian, barulah kita dapatkan adik. Adik kan masih bayi, dia masih belum mengerti sangat apa-apa, tetapi kakak atau abang itu sudah mampu memahami tindakan dan perbuatan kita.
Tidak kiralah kita mama atau papa, pastikan kita bagi perhatian kepada anak sulung dulu bila menjemputnya untuk pulang.
2. Quality time
Setiap hari, luangkan masa sekurang-kurangnya 15 ke 30 minit hanya dengan anak sulung kita. Tanpa ada gangguan adik. Jadi, katakan lah kita balik kerja jam 6, mama kena berikan masa 15 minit untuk anak sulung.
Buatlah apa-apa aktiviti bersama. Contoh, main Playdoh, Lego, mewarna, atau apa sahaja aktiviti yang menyeronokkan. Atau kalau kita kesuntukan masa, kerana anak sulung kita itu macam mana pun mesti tidur awal, 15 ke 30 minit tu boleh digunakan untuk memandikan dia, dan meyiapkannya untuk tidur.
Anak sulung kita mahukan perhatian dan pada masa ini, kita berikan dia apa yang dia perlukan untuk merasakan diri dia penting dan mama papa masih sayangkan dia walaupun ada adik. Semasa sesi tersebut, kerjasama dari papa sangat penting. Kerana papa kena tolong jagakan adik. Tidak boleh ada gangguan dari adik. Masa inilah papa ambil masa bersama dengan adik.
3. Peranan bapa
Papa pun mesti lakukan perkara yang sama. Luangkan masa 15 ke 30 minit bersama dengan anak sulung kita itu. Dan mama berikan konsentrasi kepada adik.
4. Perhatian
Apa yang kita nak tunjukkan pada anak sulung kita itu, dia tidak perlu pun berkelakuan tidak sopan untuk mendapatkan perhatian. Kerana kita sudah berikan perhatian yang dia perlukan.
5. Cuba curi masa
Untuk surirumahtangga, walaupun kita rasa kita ada di rumah sepanjang hari, sebenarnya perhatian kita terbahagi kepada berbagai-bagai tugas dan antara anak-anak. Curilah sedikit masa yang terhad itu, mungkin semasa adik sedang tidur, atau apabila papa sudah pulang ke rumah untuk membantu menjaga adik, untuk meluangkan masa seperti yang saya jelaskan tadi.
Semoga dengan masa yang kita sudah berikan pada anak sulung kita, berkuranglah dia membuat onar dan berkelakuan yang kita tidak senangi

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit