WTF
Cantik2 MUA Siapkan Mekap Natural, Makcik Pengantin Minta Pekatkan Lipstik

Setiap pengantin wanita pastinya mahu terlihat cantik dengan solekan menarik ketika hari perkahwinan. Sudah tentu pilihan tema dan jenis solekan sudah dipersetujui oleh jurumekap atau MUA terlebih dahulu.
Namun, perkongsian daripada seorang MUA Indonesia di aplikasi TikToknya dikenali sebagai @makeupbyandee telah menceritakan risiko yang sering dihadapi ketika sedang menatarias jika ada kehadian ahli keluarga atau rakan-rakan pengantin.
Dari nampak natural terus berubah
Dalam muat naik videonya, dia telah memaklumkan bahawa pengantin meminta wajah disolek dengan look natural. Hasil daripada solekan itu juga sangat cantik kerana menyerlahkan lagi keayuan sang mempelai.
https://www.tiktok.com/@makeupbyandee/video/6973259745172016386?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Risiko mekapkan pengantin bukan di bilik
Namun, disebabkan dia mendandan pengantin di bahagian tengah rumah, ibu saudara serta rakan-rakan pengantin mulai meninggalkan komen dengan meminta ditukar warna lipstik dan menebalkan lagi mekap sehingga terlihat berbeza dengan look permintaan pengantin.
Tidak tahu hendak membantah bagiamana, MUA tersebut dan juga pengantin hanya pasrah sahaja. Warna lipstik telah ditukar menjadi merah hati dan kepekatan warna blusher di pipi juga ditambah.
Memang bengang kalau ada makcik macam tu
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui berasa geram dengan ‘mulut bising’ sesetengah ‘makcik-makcik’ dan ahli keluarga yang sesuka hati memberi kritikan ke atas apa yang sudah dipersetujui antara pengantin dan MUA.
Nasib baik MUA tersebut masih lagi memberikan hasil kerja yang menarik dan warna lipstik yang diganti tetap terlihat cantik walaupun warnanya sedikit gelap.
Kawan dia ke dia yang nak kahwin
Mekap natural lebih cantik
Janganlah ada makcik mulut macam tu
Banyak komen pulak, padahal kita yang bayar MUA
Sumber: TikTok @makeupbyandee

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit