Connect with us

WOW

Bukti Sayang, Teman Lelaki Sanggup Lukis ‘I Love You’ Pada Badan

Sekitar tahun 2006, filem Ahmad Idham iaitu ‘Tentang Bulan’ telah mendapat perhatian ramai, terutamanya kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Filem ini telah berjaya mencetuskan fenomena zaman kegemilangan kanak-kanak pada suatu ketika dahulu.

Salah satu adegan yang digemari oleh kanak-kanak pada ketika itu adalah apabila Gemuk ingin meluahkan perasaannya kepada Zurina.

Dia melukis I ❤ U pada badannya untuk ditunjukkan kepada Zurina, tetapi bapa Zurina yang melihat situasi tersebut melalui tingkap.

2k retweet untuk buat semula adegan itu

Berikutan itu, seorang pengguna Twitter yang bernama Afaa telah mencabar teman lelakinya untuk membuat semula adegan tersebut.

Teman lelakinya bersetuju tetapi dengan syarat dia perlu mendapatkan lima ribu retweet terlebih dahulu sebelum membuat adegan itu.

Walau bagaimanapun, Afaa telah meminta supaya teman lelakinya yang dikenali sebagai Dzul untuk mengurangkan jumlah retweet, dan akhirnya Dzul bersetuju untuk mengurangkan jumlah retweet daripada lima ribu kepada dua ribu sahaja.

Tanda saya sayang awak! Saya buat balik adegan ni!

Dengan kuasa viral, Afaa telah meminta netizen untuk retweet demi melihat kesanggupan Dzul untuk melaksanakan janjinya. Ternyata tweet tersebut telah mencapai lima ribu retweet.

Siap buat video khas lagi!

 

 

Sumber: Twitter

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending