Connect with us

Infozon

“Bukan Masanya Untuk Lawak ‘Abah Rotan’…” – Netizen Tak Setuju Dengan Seloroh PM

Ternyata, gaya bersahaja Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berseloroh mengenai “Maaflah jika abah ini mula menggunakan rotan sekarang” ketika perutusan khas COVID-19 semalam tidak disenangi segelintir netizen.

Rata-rata mereka meluahkan pendapat kurang senang malah tidak kurang juga ada yang melemparkan kritikan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.

Tak Kena Masa

Berikutan itu, trending di media sosial ketika ini dengan tanda pagar #MuhyddinIsOut oleh pengguna Twitter yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap perdana menteri itu.

Menerusi posting seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Faizal Hamssin, dia berpendapat bahawa tidak sesuai untuk Muhyiddin berseloroh memandangkan peningkatan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Ditambah pula dengan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut merekodkan kematian seorang bayi berusia setahun akibat wabak tersebut.

“Tolonglah, penulis teks ucapan perdana menteri. Bayi berumur setahun baru meninggal dunia kerana Covid-19. Kes direkod paling tinggi sejak wabak melanda.
“Orang ramai marah, bimbang, takut. Terlalu banyak rasa tidak terjamin mengenai masa depan,” tulisnya di Twitter.

Tak kelakar!

Rotan menteri dulu

Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter, Magendran Ganesan meminta beliau untuk melaksanakan ‘hukuman’ berkenaan kepada menteri lain terlebih dahulu yang dianggap sebagai punca peningkatan semula penularan pandemik itu.

“Abah rotan menteri kamu yang tidak relevan. bukan salahkan rakyat marhaen,” tulisnya.

Lakukan yang lebih baik

Bagi Wan Agyl Wan Hassan pula, dia menyuarakan pendapat agar sesuatu yang lebih baik dapat dilakukan daripada bertindak untuk berseloroh dengan cara sedemikian.

Rakyat risau

Diharapkan kekecohan yang berlaku ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya dan negara kembali pulih daripada wabak Covid-19 tidak lama lagi. Amin!

Sumber: Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending