Connect with us

Inspirasi

Budak Lelaki Cacat Anggota Badan, Gigih Tunai Solat Dalam Keretapi Bergerak

Mengerjakan solat lima waktu adalah satu ibadah wajib yang dituntut dalam Islam. Oleh itu, seseorang Muslim jika sudah mencapai umur baligh wajib ke atasnya mengerjakan solat.

Namun, tidak semua daripada kita mengambil berat soal ibadah walaupun tiada halangan untuk diri mereka mengerjakannya, meskipun solat itu tidak mengambil masa yang lama.

Cacat tapi tetap gigih solat

Berbeza pula dengan seorang kanak-kanak lelaki yang cacat anggota badan, apabila videonya bersolat di dalam keretapi yang sedang bergerak telah menyentuh emosi.

Bayangkanlah, dalam keadaan kaki yang sukar untuk berdiri dengan betul dan kudung, kanak-kanak lelaki tersebut tekad untuk tidak meninggalkan solatnya.

Begitu susah nak solat…

Jika dapat diperhatikan menerusi video yang dikongsikan, boleh lihat betapa susahnya kanak-kanak itu mahu mengerjakan solat, lebih-lebih lagi di dalam keretapi yang sedang bergerak, tetapi berusaha dia menghabiskan solatnya.

Jadi apakah alasan kita untuk tidak mengerjakan solat, patutnya kita berasa malu jika mempunyai tubuh badan yang sihat dan sempurna, tapi masih liat untuk melakukan ibadah.

Sumber : SBR News

Continue Reading
Advertisement

Trending