WTF
Budak 2 Tahun Hampir Buta Diserang Anjing ‘Jinak’

Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun hampir buta setelah diserang seekor anjing di Scunthrope ketika menyambut hari keluarga pada Sabtu yang lalu.
Isla Williams diserang anjing baka jenis Japanese Akita hingga mengakibatkan luka yang dalam dibahagian muka mangsa.
Ibunya, Megan Lester memberitahu ketika itu mangsa berdiri berhampiran dengan anjing berkenaan.
Insiden berlaku ketika kanak-kanak tersebut cuba mengusik anjing itu lalu diterkam digigit di bahagian muka.
Kecederaan yang dialami oleh mangsa hampir meragut penglihatan mata kanannya dan ianya berlaku sangat pantas tanpa sempat dihalang ibunya.
Ingatkan anjing jinak…
Megan menyangka anjing tersebut adalah jinak disebabkan itu beliau membenarkan Isla bermain dengannya. Tambahan mereka juga memelihara seekor anjing dewasa jenis Labrador.
“Kami juga mempunyai anjing besar jadi saya yakin Isla tahu apa yang patut dan tidak patut dilakukan”
Kejadian yang berlaku menyebabkan mereka terkejut dan ketakutan. Isla digigit dan diterkam terus dibahagian muka sehingga berdarah teruk kata Megan.
Isla dikejarkan ke hospital dan menjalani 5 jam rawatan.
Tiada sebarang kecederaan serious
Doktor memberitahu Isla tidak mengalami luka yang serius kerana beliau telah menerima rawatan terlebih awal sebelum dibawa ke hospital.
“Beliau tidak mengalami sebarang jangkitan kuman daripada anjing tersebut dan luka di bahagian mukanya juga tidak terkena mata kanannya”
Taknak minta maaf, lepas tangan
Megan dan suami tidak hanya berdiam diri atas apa yang terjadi kepada anak mereka. Selepas kejadian itu mereka telah berjumpa dengan pemilik anjing tersebut.
Menurut Megan, pemilik anjing berkenaan cuma berkata bahawa mereka bersimpati dengan apa yang terjadi kepada Isla dan berlalu pergi.
Pesanan untuk penganjur
Megan dan suaminya begitu kesal dengan sikap pemilik anjing berkenaan yang tiada belas kasihan langsung.
Mereka berharap agar kecuaian yang menimpa pada anak mereka tidak berulang semula.
“Ada anjing yang selamat untuk dibelai dan ada yang tidak. Jadi dengan apa yang terjadi ini boleh diambil sebagai kesedaran terutama keselamatan pada kanak-kanak”
Isla semakin sembuh
Sumber: DailyMail

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit