Connect with us

WOW

Bos Hadiahkan Pekerja Bonus RM200,000 Setiap Orang Bersempena Krismas

Setiap orang pasti teruja menunggu dan membuat persiapan, bagi menyambut perayaan yang bakal terima tidak lama lagi. Dalam keterujaan membuat persiapan perayaan, pastinya wang ringgit juga turut mengalir dan kadang kala sampai terlebih berbelanja.

Namun, seorang ketua kepada sebuah syarikat, telah memberikan kejutan buat para pekerjanya sempana hari perayaan natal yang bakal menjelang tiba. Kejutan tersebut telah diumumkan dan diberikan secara rasmi semasa majlis rasmi syarikat mereka diadakan.

Lebih 200 pekerja dapat habuan lumayan!

Sebuah syarikat yang terletak di United State, telah memberikan kejutan dan hadiah kepada para pekerjanya. Tanpa berfikir panjang, pengerusi syarikat berkenaan telah melaburkan hampir RM43.6 Billion sebagai bonus untuk para pekerja di syarikatnya.

Semua terharu dengan ganjaran yang diberikan

Untuk makluman, sepanjang majlis annual itu berlangsung, para pekerja tidak mengetahui langsung mengenai hadiah yang bakal diberikan kepada mereka ini. Setelah mereka semua menerima sampul surat dan membukanya, rata-ratanya terkejut dan berasa emosional setelah melihat sejumlah wang yang berada di dalamnya.

Habuan tersebut diberikan mengikut berapa lama mereka sudah berkhidmat kepada syarikat berkenaan. Tetapi, rata-ratanya sangat bersyukur dan berterima kasih setelah menerima sejumlah wang tunai yang sangat besar.

Mungkin ini adalah salah satu cara yang dapat dilkakukan untuk menghargai tenaga dan usaha para pekerja selama mereka berkhidmay di syarikat tersebut.

Sumber: World Of Buzz.

Continue Reading
Advertisement

Trending