Connect with us

Infozon

Bilalah Ramai Orang Nak Sedar yang Telegram Sebenarnya Jauh Lebih Hebat Berbanding Whatsapp

Laporan The Digital News Report 2017 melaporkan Malaysia telah mencatatkan penggunaan aplikasi WhatsApp paling banyak di dunia iaitu sebanyak 51 peratus bagi menghantar pesanan, mendapatkan maklumat dan berkongsi cerita.

Namun masih ramai tidak tahu mengenai penggunaan aplikasi Telegram kerana terdapat lebih banyak fungsi berbanding WhatsApp.

#1. Tak perlu ‘back up chat’.

Whatsapp tiap minggu, tiap hari kena back up. Aku memang jenis tak rajin nak back up semua benda ni. Sebab kena guna wifi, leceh. Kalau Telegram dia akan simpan semua chat, media, tanpa perlu back up. Selagi kau tak delete, selagi tu la dia kat situ. Walaupun uninstall.

#2. Boleh masuk 100,000 orang dalam group.

Whatsapp group limit 256 orang sahaja. Tu pun kalau chat masuk MasyaAllah, boleh jem jugak lah hp walaupun kau pakai iPhone. Tapi Telegram boleh masuk 100,000 orang dalam 1 group. No lag.

#3. Laju dan ‘smooth’.

Cepat, dan lebih smooth. Aku sendiri rasa menaip kat Whatsapp dan Telegram memang ada beza. Aku ni bukan IT geeks tapi sebagai manusia biasa aku dapat rasa yang Telegram ni lebih pantas kalau nak dibandingkan dari Whatsapp. Tak reti nak elaborate, tapi try la bezakan sendiri.

#4. Tengok ‘movie’ pun boleh.

Boleh search channel dalam Telegram mengikut minat. Contoh kalau minat Korean drama, ada banyak k-drama dalam telegram. Nak tengok movie online pun ada. Klik je and terus boleh join. Tapi hanya apply untuk “Public Channel” sahaja. Yang private channel boleh join ikut link.

#5. Kalau tak nak letak nombor, boleh set ‘username’.

Username. Benda ni tak pelik pun sebab Wechat pun ada benda ni. Tapi kalau tak mau orang tahu number, bagi je username. Lepas tu dalam group cuma ada username kau je. Tak tunjuk number macam kat Whatsapp. Username boleh je letak nama merepek. Ikut suka dan boleh tukar tukar.

#6. Ada ‘touch ID’.

Ni paling best. Ada touch ID. Satu benda yang aku minta sangat supaya Whatsapp wujudkan adalah touch ID. Tapi malangnya Telegram dah wujudkan dulu.

#7. Ada macam-macam ‘sticker’ menarik.

Ada stickers. Ala macam wechat je kan. Tapi paling best, kita boleh buat stickers kita sendiri kat @stickerbot. Cara macam gambar kedua. Ikut la nak buat sticker muka sendiri ke.

#8. Boleh tukar ‘nightmode’.

Appearance boleh tukar ke nightmode. Dari dulu aku tunggu, Whatsapp memang tak nak ke buat option untuk orang yang sakit mata tengok benda terang macam aku ni. Tapi nasib baik telegram ada.

#9. Ada kelebihan untuk iPhone.

Ok yang ni, aku pakai iPhone so tak tahu ada kelebihan ni jugak. Untuk hp yang dual sim boleh switch account dalam satu apps. Tak payah nk pening guna dua hp untuk dua account. Kredit to @pidddds.

#10. Boleh baca semua ‘text’ kalau baru masuk ‘group’.

Bila masuk group/channel baru, semua data atau segala benda yang dorang kutuk sebelum kita masuk group kita boleh baca. Lepas tu ada ‘pinned message’. So tak ketinggalan walau satu pun. Tak macam whatsapp (gambar kedua) masuk group baru hambar je. Haha.

Sumber : Memento Mari 

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending