Connect with us

Inspirasi

Berlainan Agama, Pihak Surau Tak Lokek Hulur Bantuan Pada Dua Nenek India Ini

Setiap rezeki sebenarnya ada juga rezeki orang lain, malah kita bebas untuk berkongsi rezeki dengan sesiapa sahaja tanpa mengira perbezaan agama atau bangsa.

Seperti kisah yang sedang tular, menerusi laman Facebook Syahril A. Kadir, memaparkan dua orang wanita warga emas berbangsa India mendapatkan bantuan keperluan harian daripada pihak surau.

Menurut Syahril, dua wanita warga emas itu, masing-masing telah kehilangan suami dan dihimpit pula dengan kemiskinan. Disebabkan mereka bukan beragama Islam, jadi agak mustahil untuk mendapatkan bantuan zakat atau baitumal.

Cina atau India semua boleh datang

Oleh itu, pihak surau tersebut bermurah hati untuk menghulurkan bantuan, tidak kiralah apa pun agama yang dianuti atau pun bangsanya.

Guna duit poket sendiri salur bantuan

Tidak dapat dinafikan, kehidupan di bandar ini memerlukan pembiayaan yang mahal. Berserta mahu membantu, Syahril berkata kesemua dana yang diperolehi adalah atas sumbangan ahli kariah surau Al-Qudwah sendiri.

Malah, surau itu bebas dikunjungi sesiapa sahaja meskipun ada golongan bukan Islam, pihak surau tidak pernah menyuruh mereka menukar agama, tetapi cukup hanya dengan memaparkan nilai-nilai murni sebagai seorang Muslim.

Sebenarnya, selain daripada menyampaikan dakwah menerusi lisan, ini juga adalah salah satu dakwah. Selagi kita menjaga maruah agama dan mempamerkan sifat Muslim sejati, dengan izinNya dapat membuka hati ramai mengenal Islam.

Sumber : Syahril A. Kadir

Continue Reading
Advertisement

Trending