Connect with us

Inspirasi

Berjalan Pikul Bakul Untuk Dijual, Pakcik Tetap Senyum Walau Penat Cari Pelanggan

Walaupun sudah mencecah usia warga emas, seorang pakcik tetap keluar mencari rezeki di sekitar Bandar Kota Bharu, Kelantan demi membantu serba sedikit untuk menyara keluarganya di rumah.

Pakcik bernama Awang itu berjalan sambil mengerah tenaga memikul tudung saji dan bakul rotan yang semestinya berat sebelum ditegur sukarelawan Thirdforce Bachok, Afiza Jamaludin.

Menurut Afiza, kali pertama beliau nampak pakcik tersebut berniaga ketika tahun lalu di KB Mall yang kelihatan sambil berehat tepi tempat letak kereta.

Terdetik dalam hati, mana nak cari pakcik tu lagi

Afiza berkata, pakcik berkenaan mempunyai isteri yang juga telah lanjut usia dan seorang anak lelaki yang sukar bergerak selepas terbabit dalam kemalangan tahun lalu.

Allah makbulkan, tiba2 terjumpa

Tak ingat alamat rumah, tak guna telefon, tak bawa IC

Nanti saya tolong ‘promote’ pakcik!

Posting dikongsi Raja Shamri itu mendapat 1,200 tanda suka dan 155 perkongsian selain komen netizen yang tersentuh hati melihat kegigihan warga emas tersebut serta mendoakan agar pakcik Awang dimurahkan rezeki.

Harungi cuaca hujan dan panas, ditambah pula bulan puasa, semua itu pasti tidak dihiraukan asalkan dapat meraih pendapatan harian. Semoga pakcik dilindungi selalu!

Sumber : Raja Shamri

Continue Reading
Advertisement

Trending