Inspirasi
Beri Surat Terima Kasih & RM5, Doktor Sebak Lihat Kemurnian Hati Anak2 Tahfiz

Pendemik yang sedang merebak di negara kita ketika ini pada awalnya bermula apabila berlaku penularan di perhimpunan Tabligh Sri Petaling.
Sudah tentu jemaah tabligh dan juga pelajar-pelajar sekolah tahfiz menjadi insan yang terawal disahkan positif Covid-19 di negara kita.
Namun, sejak dari hari mereka membuat saringan dan dimasukkan ke dalam wad, pelbagai kisah-kisah inspirasi serta positif memenuhi ruangan media sosial.
Beri surat & duit kepada doktor
Kali ini, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Zila Ali telah menceritakan pengalaman berharganya apabila menerima surat penghargaan daripada anak-anak tahfiz yang dikuarantin.
Lebih menyebakkan apabila mereka turut memberikan not RM5.00 kepada doktor atas rasa terima kasih kerana menjaga dan merawat mereka dengan baik sepanjang dikuarantin.
Sangat berdisiplin
Dalam pada itu, Zila yang bertugas sebagai doktor juga menyatakan bahawa anak-anak tahfiz ini begitu berdisiplin kerana tetap membaca al-Quran serta solat berjemaah walaupun berada dalam keadaan serba tidak selesa di dalam dewan dihuni 24 orang.
Mereka bukan sahaja menyediakan jadual waktu solat, malahan selipar dan kasut disusun dengan begitu tertib.
Diakhir perkongisan itu, Zila memberitahu bahawa anak-anak tahfiz iniĀ sentiasa mendoakan doktor dan petugas kesihatan yang lain agar sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik dalam kehidupan.
Muat naik yang dibuat itu benar-benar menyentuh hati kerana dalam keadaan mereka sedang berjuang melawan Covid-19 dalam badan, mereka masih mampu memberikan senyuman kepada frontliner yang keletihan memberikan rawatan terbaik untuk semua.
Sumber : Zila Ali

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit