Connect with us

Infozon

Bentang Sejadah Berjarak Di Padang, Cara Muslim Australia Kembali Solat Jumaat

Umum sedia maklum bahawa pendemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah mengekang pergerakkan penduduk di dunia.

Oleh sebab itu, sebarang bentuk perhimpunan tidak dibenarkan sama sekali bagi mengelakkan pendemik tersebut menular.

Kembali solat Jumaat

Namun, selepas lebih 2 bulan duduk berkurung di rumah masing-masing, beberapa kelonggaran telah diberikan apabila peratusan kes positif Covid-19 semakin menurun.

Perkara ini turut dilakukan oleh kerajaan Australia selepas membenarkan solat Jumaat diadakan buat pertama kali pada minggu lalu dengan SOP yang ketat.

 

Solat di padang

Menerusi laman Facebook HT Australia, dapat dilihat penduduk beragama Islam di New South Wales dibenarkan solat jumaat di kawasan lapang seperti di padang  dengan masih mengekalkan jarak antara satu sama lain.

Dapat dilihat juga  mereka membentang sejadah di rumput dan mendengar khutbah yang disampaikan dengan masing-masing mengekalkan jarak seperti yang disyorkan agar tiada sebarang sentuhan berlaku.

Tindakan ini adalah salah satu inisiatif yang dilakukan selepas pihak kerajaan kembali membenarkan solat berjemaah selepas beberapa minggu kawalan pergerakkan dilakukan di negara Kanggaru itu.

Sumber : HT Australia

Continue Reading
Advertisement

Trending