Inspirasi
Belum Ada Rezeki Hamil, Suami Sayu Tengok Isteri Teruja Layan Kanak2

Hati siapa tidak sedih sekiranya rumah tangga yang dibina masih sepi tanpa gelak tawa dan tangisan ‘malaikat kecil’. Ini kerana suami isteri pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata untuk melengkapi hidup sebagai sebuah keluarga.
Namun, bukan semua suami isteri berpeluang memiliki zuriat di awal perkahwinan kerana ujian serta rezeki dalam adalah berbeza bagi setiap orang.
Bakal jadi ibu terbaik
Begitulah dialami oleh Muhammad Hafis Al Haffus dan pasangannya, Nor Atierah Zulfatie Zulkifli yang juga merupakan selebriti media sosial.
Dalam sebuah posting di laman Instagram baru-baru ini, Hafis atau lebih dikenali sebagai Apit Johari tersentuh melihat cara layanan isterinya terhadap seorang kanak-kanak lelaki.
Gelagat yang sempat dirakam itu kelihatan isterinya begitu sayang dan gembira sekali melayan kanak-kanak tersebut sambil mencium serta memeluknya dengan lembut.
“Selalu membayangkan isteriku akan menjadi ibu yang terhebat untuk anakku nanti. Melihat cara dia melayan adik-adik, melihat dia baik dengan orang tua, Tuhan pasti akan memberikan satu hari nanti ,” tulisnya di kapsyen.
Terus berharap
Bagaimanapun, dia percaya kepada ketentuan dan rezeki selain terus berfikiran positif untuk menjalani hari-hari bahagia bersama isteri tersayang.
Bagi Apit, paling penting adalah dia tetap bahagia dan mahu terus berada di samping isterinya walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
“Mungkin bukan rezeki kami lagi . Yang penting aku bahagia dengan dia. Doakan kami ya. Apapun jadi aku akan ada di belakang isteriku,” luahnya lagi.
Pegang anak kawan2, mana tahu terkenan
Sementara itu, Atierah yang juga dikenali sebagai Beby Tora turut menyuarakan keinginan untuk mendapatkan zuriat menerusi sebuah posting sebelum ini.
“Muka I dah mcm mak orang cuma anak ja belom ada. Semalam pegang anak kawan-kawan, mana tahu terkenan,” katanya.
Posting dimuat naik itu telah mendapat lebih 30,000 tontonan warganet yang rata-rata meninggalkan komen dengan mendoakan kebahagiaan buat mereka.
Percaya pada rezeki
Sentiasa mendoakan
Terdahulu, pasangan ini telah berkahwin Mac tahun lalu. Semoga mereka berdua tetap tabah menjalani kehidupan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata yang diidamkan tidak lama lagi.
Sumber: Instagram Apit johari, Beby Tora

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit