Infozon
Bekas Wartawan Jenayah Kongsi Punca Sebenar Muka Pesalah Sumbang Mahram Dikaburkan oleh Pihak Media

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan berita sumbang mahram yang melibatkan seorang bapa yang didapati bersalah melakukan sumbang mahram, serangan seksual dan liwat terhadap anak perempuan berusia 15 tahun dan lebih menjijikkan termasuk meliwat mangsa di Makkah.
Ramai netizen yang berang dengan peristiwa ini dan menjadi lebih marah apabila gambar pesalah itu telah dikaburkan oleh pihak media dan menganggap perbuatan ini seperti mahu melindungi identiti pesalah itu, takut-takut ‘dihukum’ oleh orang awam.
Sekiranya diperhatikan ini bukanlah pertama kali gambar pesalah untuk kes jenayah yang serupa telah dikaburkan oleh pihak media. Bagi menjawab persoalan ini, seorang bekas wartawan jenayah Syahril A. Kadir telah tampil menjelaskan perkara sebenar.
Rogol anak dan sumbang mahram: Kenapa media kaburkan muka dia?
Hari ini seorang bapa berusia 36 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 48 tahun dan 24 sebatan kerana didakwa dengan 623 pertuduhan sumbang mahram, serangan seksual dan liwat terhadap anak perempuan berusia 15 tahun, termasuk meliwat mangsa di Makkah.
Netizen marah. Sangat marah!
Tetapi ada juga netizen yang marah-marah pada media kerana telah menggaburkan muka pesalah.
BANG*#^G PUNYA PAPER! GI TUTUP MUKA DIA WATPE – KASI TUNJUKLAH BAGI DIA MALU!
Whoahhhhh…dahsyat tu.
Abam nak bagitahu satu benda pada yg belum tahu. Memang BUKAN amalan media untuk mendedahkan wajah tertuduh untuk kes rogol anak sendiri dan kes sumbang mahram ini.
Ini kerana ianya dibuat bagi melindungi identiti mangsa.
Sebagai contoh…kalau public tahu A merogol anaknya sendiri, secara automatik mereka yg mengenali keluarga A tahu siapakah mangsa yang dimaksudkan. Bayangkan perasaan mangsa kalau jiran-jiran, rakan-rakannya semua tahu, lagilah dia akan mengalami trauma yang lebih dahsyat!
Jadi, jangalah marah-marah bab tutup muka itu, bab lain kalau nak marah takpe.
Sumber : Syahril A. Kadir

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit