Connect with us

Inspirasi

Bekas Guru Bina Rumah Untuk Ajar Kanak2 Bahasa Inggeris Secara Percuma

Kalau dah ambil keputusan untuk bersara sebagai seorang guru, rasa sayang pula kalau ilmu pengetahuan dan pengalaman tidak digunakan sebaiknya.

Takkan la nak duduk rumah, tidur makan je kan? Sekurang-kurangnya manfaatkan ilmu diperoleh sepanjang alam pekerjaan kepada golongan yang dahagakan benda baru dalam hidup mereka.

Itu dilakukan oleh seorang warga emas, Ye Lianping yang menubuhkan sebuah rumah bagi mengajar kanak-kanak tidak berkemampuan di wilayah Anhui sejak tahun 2000.

Lebih menarik perhatian apabila bekas guru berusia 92 tahun itu mengajar subjek bahasa Inggeris secara percuma untuk kanak-kanak yang menuntut ilmunya! Mulia sungguh hati datuk ni.

Setelah 19 tahun mengajar tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, beliau dikatakan telah membantu lebih 1,000 kanak-kanak bagi menguasai bahasa tersebut dengan sebaiknya.

Walaupun bukan mendapat pendidikan formal seperti di sekolah, namun secara tidak langsung kanak-kanak di kampung itu tidak ketinggalan untuk melalui proses pembelajaran.

Sumber : China Daily

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending