Connect with us

Inspirasi

Bawa Anak Ke Kelas, Pensyarah Bantu Jaga Bayi Masa Si Ibu ‘Presentation’

Sebuah posting Facebook pensyarah di Universiti Gadjah Mada (UGM) tular dalam kalangan pengguna media sosial apabila berkongsi pengalamannya ketika mengajar di sebuah kelas pasca-sarjana baru-baru ini.

Menurut Abdul Gaffar Karim, seorang pelajar meminta izin ingin melakukan ‘presentation’ terlebih dahulu kerana mahu keluar dari kelas secepat mungkin.

Tindakan mahasiswi itu disoal beliau, namun rupa-rupanya pelajar tersebut membawa cahaya mata yang berusia empat bulan ke kampus malah dijaga ibunya di luar kelas.

Di sebuah kelas pasca-sarjana hari ini, seorang mahasiswi minta ijin untuk presentasi duluan, karena harus buru-buru…

Posted by Abdul Gaffar Karim on Thursday, December 12, 2019

Atas dasar prihatin, Abdul Gaffar terus menyuruh pelajar itu membawa masuk bayi berkenaan ke dalam kelas walaupun wanita tersebut tidak bersetuju kerana risau menganggu fokus penuntut lain.

Ketika mahasiswi itu mahu membuat ‘presentation’, beliau menawarkan diri untuk menggendong si comel sambil mengajar dan tanpa rasa kekok.

 “Lecturing and baby-sitting, why not. Seorang pendidik harus punya kendali penuh atas proses belajar bukan?,” tulisnya.

Tindakan murni itu mendapat pujian ramai dimana kebanyakannya kagum dan berinspirasi dengan kebaikan pensyarah tersebut tanpa mengira umur dan darjat.

Sumber : Abdul Gaffar Karim

Continue Reading
Advertisement

Trending