Connect with us

Detik

Banyak Infrastruktur Musnah, Israel Rekod Kerugian Paling Teruk Lebih RM8 Bilion

Sektor ekonomi Israel telah mengalami kerugian besar melebihi AS$2 bilion (RM8 bilion) selepas gencatan senata diumumkan antara pejuang Hamas dan zionis Israel.

Memetik laporan Utusan Malaysia seperti ditulis dalam akhbar The Hebrew, pegawai kewangan Israel menyatakan bahawa kerugian yang direkodkan mencecah sebanyak 0.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kerugian paling teruk sejak 2021

Tambahnya lagi, angka itu adalah jauh lebih buruk daripada pencerobohan tentera Israel pada tahun 2014, sewaktu ekonomi Israel kehilangan 0.3 peratus daripada KDNK dalam tempoh 51 hari.

Beliau turut menegaskan KDNK Israel kini mencatatkan kerugian hampir AS$2.14 bilion (RM8 bilion).

Difahamkan lagi, semasa pertempuran selama 11 hari itu, pejuang Hamas telah melancarkan serangan udara terhadap infrastruktur penting ketenteraan dan sektor ekonomi Israel termasuk platform gas Tamar dan Lapangan Terbang Ben Gurion.

Advertisement

Rockets fall and a Tel Aviv family hurries to a bomb shelter - Los Angeles Times

Ibu kota Israel, Tel Aviv turut terkena serangan sehingga menjadikan kehidupan harian penduduk di negara itu terhenti seketika.

 

Sumber: Utusan Malaysia

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending