Connect with us

WOW

Bantu Lawan Covid-19, Kerajaan Vietnam Sediakan Makan & Keperluan Percuma

Kebanyakan negara kini mengambil langkah berjaga-jaga semaksima yang mungkin disebabkan wabak coronavirus dilihat semakin menular. Peningkatan kes mangsa jangkitan kini juga dilihat semakin mendadak dan agak merisaukan.

Di Twitter, sedang tular dengan berita yang keperihatinan kerajaan negara Vietnam, membantu rakyat mereka dalam membantras virus Covid-19 ini.

Kerajaan Vietnam dikatakan mengagihkan makanan percuma kepada kawadan yang dikuarintin. Bukan setakat itu, seluruh kejiranan yang terjejas juga diberikan barangan keperluan secara percuma.

Malah, para pelacong yang dikuarintin juga turut manfaat yang sama seperti rakyat Vietnam yang lain. Turut dinyatakan, sesetengah pelancong dari negara Korea, disediakan makanan khas buat mereka jika mereka tidak berminat dengan makanan tempatan Vietnam.

Antara maklumat yang turut dikongsikan adalah, sesetegah golongan akan dikuarintinkan apabila mempunyai sejarah melancong, punyai simptom-simptom Covud-19 dan juga pernah berhubung dengan penghidap Covid-19.

Sesetengah kejiranan juga di turut ditutup untuk mengelakkan kes meningkat secara mendadak.

 

Ya! Perkara ini memang benar

Maklumat tersebut kemudiannya diakui oleh salah seorang penduduk di Vietnam ini sendiri. Malah, mereka juga merasakah bahawa rakyat Vietnam kini juga bersatu padu untuk melawan penyakit ini dari merebak.

Semoga penawar kepada Covide-19 ini ditemui dengan secepatnya. Kita juga disarankan untuk berdoa agar perkara ini reda dan kembali pulih seperti sedia kala.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending