Connect with us

Cute

Baju Sekolah Tak Muat Lepas Cuti PKP, Adik Ini Dibebel Mak Sebab Makan Banyak

Selepas hampir tiga bulan bercuti kerana PKP, semua sekolah di seluruh negara yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) akan mula dibuka secara berperingkat bermula 15 Julai.

Tapi nampaknya, mungkin ada ibu bapa yang perlu membeli uniform untuk anak masing-masing, bukan apa cuti tiga bulan antara aktiviti yang paling seronok adalah makan!

Cuti 3 bulan, anak dah tak muat baju sekolah

Macam kisah sorang kanak-kanak lelaki ini, tular videonya di Facebook memaparkan si ibu meminta anaknya mencuba semula pakaian seragam sekolah, tetapi rupa-rupanya dah tak muat.

https://www.facebook.com/SINARdotmy/videos/2553380901644477/

Nampaknya gayanya berat badan adik ini naik sejak PKP, sampai seluar sekolah pun sudah tak boleh lagi nak dicangkuk sebab dah terlalu ketat.

Dalam video tu dapatlah dengar si mak membebel dengan adik ini, rupa-rupanya memang kuat makan sepanjang cuti PKP tiga bulan lalu.

Anak kami pun sama jugak

Tengok gelagat adik ini, rata-rata netizen pun turut berkongsi pengalaman yang sama. Rupa-rupanya anak mereka pun naik berat badan sejak PKP.

Cepat betul dorang membesar

Salahkan mak masak sedap2

Habis seluar sekolah tak muat dah

Tak pasal-pasal kena beli baju sekolah baru. Ini mesti mak masak sedap sangat sebab tu adik ni makan sungguh-sungguh.

Sumber: Sinar

Continue Reading
Advertisement

Trending