Connect with us

WTF

Bukan Sahaja Dimakan, China & Vietnam Jadikan Kulit & Bulu Kucing Sebagai Jaket

Bagai tiada kesudahan, kekejaman manusia terhadap haiwan semakin kronik. Setiap hari dilaporkan, ada sahaja kes-kes yang penganiyaan berlaku terutamanya terhadap haiwan-haiwan jalanan.

Menerusi laman Facebook, Persatuan Haiwan Malaysia telah berkongsikan satu maklumat yang agak memilukan terutamanya buat para pencinta haiwan.

Kostum baju dari kulit dan bulu kucing!

Menurut dari posting yang dikongsi, negara China dan Vietnam kini sedang rancak menjalankan industri perniagaan berasaskan kucing. Haiwan comel ini bukan sahaja diburu untuk dimakan, malah kulit dan bulunya juga dijadikan sebagai baju.

Sangat zalim! Tak sesuai untuk dikomersil

Kucing2 disiksa dan dibunuh dengan kejam

Beberapa keping gambar juga turut tersebar, yang dipercayai berkaitan denganmproses-proses pembikinan baju dari kulit kucing.

Dikurung dalam ruangan yang sempit…

Persatuan Haiwan Malaysia, mengatakan bahawa mereka membantah sekeras-kerasnya dengan perbuatan dan juga industri komersial yang melibatkan penganiyaan terhadap haiwan ini.

Orang ramai dan juga para pengguna juga diwar-warkan untuk memboikot dan tidak membeli barangan berasaskan bulu dan kulit kucing.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia.

Continue Reading
Advertisement

Trending