Infozon
Angka Korban Di Beirut Meningkat Kepada 135 Orang, Darurat Diisytiharkan

Kabinet Lubnan pada Rabu mengisytiharkan darurat di Beirut selama dua minggu, sementara jumlah kematian akibat letupan di pelabuhan Beirut meningkat 135 orang, lapor agensi berita Xinhua.
Pelabuhan Beirut dikejutkan dengan dua letupan besar sekitar jam 6.10 petang (waktu tempatan) Selasa, turut menggegarkan bangunan serta menyebabkan kerosakan di seluruh ibu kota Lubnan itu.
135 orang terbunuh
Menteri Kesihatan Hamad Hassan mengumumkan setakat ini, 135 orang terbunuh dan 5,000 yang lain cedera. Darurat berada di bawah pengawasan tentera Lubnan yang juga bertanggungjawab menjaga keselamatan di bandar raya itu.
Maklumat awal mendapati ammonium nitrat yang disimpan sejak tahun 2014 di gudang No. 12 di pelabuhan itu mungkin menyebabkan letupan.
Menyimpan 2,700 tan ammonium nitrat
Kabinet memutuskan untuk menahan pegawai pelabuhan yang terlibat dalam penyimpanan 2,700 tan ammonium nitrat itu.
Di samping itu, kabinet juga menggesa Kementerian Pekerjaan Awam untuk menjalankan aktiviti import dan eksport melalui Pelabuhan Tripoli.
Suruhanjaya Bantuan Kemanusiaan akan berusaha menjadikan sekolah dan hotel bagi menempatkan mereka yang kehilangan tempat tinggal.
Siasatan terhadap bencana itu masih berjalan dan Majlis Pertahanan Tertinggi berjanji akan mendedahkan beberapa hasil siasatan dalam masa lima hari.
Sumber : Bernama

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit