Connect with us

Infozon

Anggota Polis Didapati Bersalah & Dihukum Penjara, Keluarga George Floyd Menangis Gembira

Masih ingatkah korang tentang tragedi seorang lelaki berkulit hitam bernama George Floyd dibunuh oleh anggota polis yang berlaku di negara Amerika pada tahun lepas (25 May 2020)?

Semalam, mahkamah telah memutuskan pembunuhnya iaitu bekas anggota polis Minneapolis dikenali sebagai Derek Chauvin didapati bersalah atas 2 tuduhan membunuh dan 1 tuduhan menyebabkan kematian Floyd.

Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Peter Cahill selepas 12 juri berbincang antara satu sama lain selama 1 jam.

Derek Chauvin didapati bersalah membunuh

Memetik laporan NBC News, sebelum ini Chauvin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.

Justeru itu, dia memohon agar kes tersebut dibicarakan sekali lagi. Bagaimanapun, pihak juri tetap mendapati Chauvin bersalah dan telah menyebabkan kematian Floyd.

Advertisement

Kini, Chauvin akan berdepan dengan hukuman penjara selama 12 tahun 6 bulan bagi pembunuhan tahap kedua, 12 tahun 6 bulan untuk pembunuhan tahap ketiga dan 4 tahun bagi tuduhan menyebabkan kematian.

Memandangkan Chauvin tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, dia mungkin tidak akan dikenakan hukuman maksimum untuk setiap tiga pertuduhan, iaitu 40 tahun untuk pertuduhan pembunuhan tahap kedua, 25 tahun untuk pembunuhan tahap ketiga, dan 10 tahun untuk menyebabkan kematian, lapor Bernama.

Keluarga & rakan2 gembira

Menerusi Twitter, beberapa video mempamerkan reaksi ahli keluarga dan rakan-rakan Floyd yang kelihatan gembira apabila pihak mahkamah memaklumkan perkara tersebut.

Advertisement

Orang awam turut meraikan perkhabaran tersebut

Selain itu, orang awam yang berkumpul di hadapan bangunan mahkamah tersebut turut bersorak-sorai meluahkan kegembiraan saat juri mendapati Chauvin bersalah.

Seramai lebih 200 orang berkumpul untuk mengikuti perkembangan kes tersebut yang pernah menggemparkan Amerika Syarikat suatu ketika dahulu itu.

Pada 25 Mei tahun lalu, Floyd meninggal dunia selepas lehernya ditekan dengan lutut oleh seorang polis selama hampir sembilan minit.

Advertisement

Rakaman insiden itu mencetuskan gelombang tunjuk perasaan ‘Black Lives Matter’ atas apa yang disifatkan kekejaman polis dan ketidakadilan kaum.

Tonton video penuh:

Sumber: Bernama, NBC News

 

Advertisement

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending