Inspirasi
Anak Terharu Baca Surat Cinta Penuh Puitis Ibu Bapa Puluhan Tahun Lalu

Cinta itu semestinya menjadi sesuatu yang paling indah dirasai oleh setiap pasangan. Lebih-lebih lagi jika kita dapat hidup bersama dengan orang yang kita sayang hingga ke akhir usia.
Namun begitu, ajal, maut dan jodoh itu rahsia Allah S.W.T. Pastinya kehilangan insan yang tercinta memberi satu tamparan hebat buat pasangannya.
Kenangan ibu ayah
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Umairaharis ini tentunya membuatkan kita terharu apabila dia menceritakan kisah cinta ibu bapanya.
Menurut wanita itu, ibunya tidak pernah berkahwin lain walaupun bapa tersayang sudah tiada 21 tahun lalu. Cinta dan kasih yang ditunjukkan bapa dapat dilihat menerusi surat-surat cinta ibu bapanya dahulu yang begitu puitis.
Terkadang, aku ada tertanya2 pada diriku sendiri, bagaimana ibu mampu hidup 21 tahun tanpa mencari pengganti ayah?
Tapi bila aku baca surat2 ayah pada ibu…..,
Aku temui jawapannya. Kalau aku sendiri ditempat ibu, aku sanggup menunggu cinta hatiku, sehingga 1000 tahun lagi. ❤️ pic.twitter.com/tdedktHolh
— umairaharis #StayAtHome (@umairaharis) June 21, 2020
Jawapan mengapa ibu mampu hidup 21 tahun tanpa ayah
Hal tersebut membuatkan Umairah berfikir mungkin ini jawapan yang sering dia tertanya-tanya mengapa ibunya mampu untuk tidak mencari pengganti bapa walaupun sudah berpuluh tahun ketiadaaan sosok ketua keluarga itu.
Akhirnya dia menemui jawapan menerusi surat-surat yang ditulis oleh bapanya yang sangat romantis dan penuh rasa kasih sayang.
Dapat bakat menulis dari parent
Ternyata surat-surat cinta penuh puitis ibu bapanya satu ketika dahulu begitu menyentuh hati kerana dapat dilihat dengan jelas mereka amat menyayangi antara satu sama lain.
Umairah turut memaklumkan bahawa bakat penulisan yang ada dalam dirinya mungkin dapat daripada ibu dan bapanya yang sangat bijak bermain dengan kata-kata.
Terharu sangat baca
Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat itu, rata-rata warganet menyatakan rasa kagum dengan ayat yang digunakan oleh orang-orang dahulu dalam mengarang ayat.
Mereka juga sebak membaca luahan cinta yang diucapkan memalui surat oleh ibu dan bapa Umairah yang sangat ikhlas dari hati.
Simpan untuk anak cucu lihat
Cinta orang dulu2 puitis
Sumber: Umairaharis

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit