Inspirasi
Anak Murid Tiada Internet, Guru Redah Pedalaman Hantar Kerja Sekolah

Demi memastikan anak muridnya tidak ketinggalan dalam pelajaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang guru sanggup melalui jalan yang agak sukar bagi menghantar bahan pembelajaran kepada mereka.
Muhammad Nazmi Rosli mengajar Bahasa Inggeris dan Seni di SK Long Sukang yang terletak di sebuah kampung kira-kira tiga jam dari bandar Lawas di utara Sarawak.
Oleh kerana kawasan pedalaman kekurangan akses internet untuk mengadakan kelas secara ‘online’, beliau satu-satunya guru yang tinggal di Lawas itu mengambil keputusan bagi mengedarkan bahan pembelajaran kepada anak murid.
Bagi menghantar bahan tersebut, guru berusia 27 tahun itu berhubung dengan penduduk kampung yang datang ke Lawas seminggu sekali untuk membawa bekalan makanan kepada penduduk.
“Pejabat pendidikan daerah membantu saya bagi mendapat keizinan untuk datang ke kawasan pedalaman. Seorang atau dua orang guru akan tinggal di lokasi itu dan menolong saya mengedarkan bahan-bahan tersebut.
“Kami diawasi secara ketat oleh wakil klinik kesihatan. Kanak-kanak perlu mencuci tangan sebelum dan selepas menerima bahan.
“Kami tidak berkumpul di satu tempat sebaliknya pergi dari rumah ke rumah. Kami juga berusaha untuk mengurangkan bilangan orang yang terlibat,” katanya.
Nazmi berkata, perkara tersebut tidak menyusahkan dirinya malah guru-guru mahu mereka bersaing seperti pelajar di bandar yang mempunyai pelbagai platform bagi melakukan kelas ‘online’.
Sumber : The Star , Muhammad Nazmi

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit