Connect with us

WTF

Akibat ‘Parking’ Sesuka Hati, Kereta Mini Cooper Dapat Nota Tuala Wanita

Siapa yang tak ‘bengang’ kalau kita dah ‘park’ kereta dengan baik tetapi ada manusia sesuka hati ‘double park’ menghalang kereta daripada keluar.

Seorang wanita bernama Natasshea Rozario berkongsi di laman Facebook mengenai pengalaman apabila ternampak seorang wanita yang tidak berpuas hati apabila seorang pemandu meletakkan kereta secara salah berdekatan dengan kenderaannya.

Menurutnya, Mini Cooper itu meletakkan kereta secara salah di ‘parking’ berdekatan dengan dinding dimana menghalang sebuah lagi kereta yang diletakkan secara elok di situ.

Pemilik kereta itu kemudiannya mengambil tuala wanita dan menulis ‘Park properly’ (parking elok-elok) sebelum menampal di cermin hadapan kereta Mini Cooper berkenaan.

Posting itu mendapat pelbagai respon daripada netizen dimana ramai berasa kagum dan lucu terhadap tindakan yang dilakukan malah ada juga yang ingin melakukan perkara sama sekiranya berada dalam situasi tersebut.

Sumber: Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending