Connect with us

WTF

‘Agar Ingat Kematian’, Indonesia Utuskan Pocong Hindar Rakyat Keluar Rumah

Wabak Coronavirus ataupun lebih mesra dengan panggilan COVID-19 ini telah menyebabkan hampir kebanyakan negara di seluruh dunia, melaksanakan perintah berkurung.

Nanum begitu, arahan ini sudah semestinya sukar untuk dilaksanakan apabila masih lagi terdapat golongan yang tidak mahu bekerjasama mendengar arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan masing-masing.

Disebabkan itu, sebuah perkampungan yang terletak di Kabupaten Purworejo, Indonesia telah membuat satu pendekatan kreatif agar penduduknya kekal duduk dalam rumah sepanjang printah kuarantin dilaksanakan.

 

Sepasang susuk pocong telah diperintahkan untuk menjaga jalan masuk utama dibeberapa perkampungan seperti Dusun Tuk Songo, Kelurahan, Purworejo dan Kecamatan Purworejo.

Dua pocong itu, sengaja disediakan untuk mengawasi warga kampung atau orang luar yang hendak keluar masuk wilayah tersebut.

Sepanjang tempoh kuarantin ini dilaksanakan, semua jalan masuk kampung ditutup dan warga penduduk hanya boleh melalui satu jalan iaitu jalan yang dijaga oleh dua ‘pocong’ itu.

Pocong tersebut bukanlah hantu yang sebenar, tetapi merupakan warga setempat yang mengenakan kostum seperti pocong.

“Pocong itu mengingatkan kita pada kematian, jadi siapa saja yang ngeyel dan tidak bisa ikut mencegah penyebaran virus corona ini ya bisa saja akan dipocong alias mati. Harapannya ya pagebluk (wabah) ini segera berakhir.” ujar pemerintah tempatan.

Sumber: Detik News.

Continue Reading
Advertisement

Trending