Connect with us

Infozon

Kekasih Hidap Kanser Payudara, Lelaki Pilih Untuk Setia Walaupun Disuruh Cari Yang Lain

Bagi individu yang menjalin hubungan cinta, berjumpa dengan pasangan yang boleh menerima kekurangan diri pasti membahagiakan bagi setiap manusia.

Namun, kegembiraan gadis ini terhenti sejenak apabila disahkan menghidap kanser payudara ‘triple negatif’ setelah hampir tiga bulan bertemu pasangannya di aplikasi mencari jodoh.

Pada mulanya, Chan See Ting merasakan benjolan pada payudaranya pada Jun, 2019. Dia memberi teman lelaki, Ian Ng peluang untuk meninggalkannya sementara menunggu keputusan rawatan.

“Saya memberitahu Ian jika dia ingin pergi, saya terima dengan hati yang terbuka. Kanser bukan seperti demam yang akan pergi begitu sahaja. Ia akan memberi kesan dalam kehidupan kita termasuk perancangan keluarga dan perkahwinan,” katanya.

Walau bagaimanapun, Ian telah membuat keputusan dan memilih untuk bersama Chan. Setelah bersama selama empat bulan, pasangan ini merancang untuk berkahwin dua tahun lagi dan sedang mengambil kursus perkahwinan.

Chan bakal menghadapi pembedahan plastik dan juga radioterapi pada hujung bulan ini. Kehilangan sebelah payudara tidak menghilangkan rasa cinta Ian terhadapnya malah membuktikan keikhlasan dalam menyayanginya.

Sumber : MSNEWS

Continue Reading
Advertisement

Trending