Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dipercayai Akibat Cemburu, Suami Bunuh Isteri Menggunakan Tukul Besi

Seorang wanita berusia 41 tahun dikenali sebagai Rubiah Sabtu maut apabila menjadi mangsa bunuh suaminya sendiri.

Kejadian yang berlaku di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun, Terengganu dikatakan terjadi selepas mangsa baru pulang dari menghantar anak ke sekolah.

Guna tukul besi bunuh isteri

Memetik laporan dari Buletin TV3, mangsa difahamkan telah dipukul menggunakan tukul sehingga mengalami kecederaan parah di dahi dan muka.

Siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara allahyarham dan suaminya bermotifkan cemburu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa dikatakan mulai bergaduh dengan suami yang berusia 32 tahun setibanya di rumah selepas menghantar anaknya.

Beritahu kakak lepas bunuh

Tambah sumber lagi, suspek telah memberitahu kakaknya bahawa dia telah membunuh arwah menggunakan tukul besi dalam keadaan menangis dan ketakutan.

Selepas itu, dia telah pulang ke rumah dan melihat isterinya yang sudah terbaring di ruang tamu. Suspek juga berniat untuk membunuh diri kerana ketakutan namun berjaya dihalang selepas dipujuk oleh ahli keluarga.

Keluarga suspek juga telah menghubungi pihak polis dan memujuk lelaki itu untuk menyerah diri sebelum dibawa ke sebelum  ke Balai Polis Bukit Besi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil siasatan mendapati mangsa baru mendirikan rumah tangga dengan suspek pada tahun lalu dan mempunyai seorang bayi berusia 6 bulan.

Mangsa juga meninggalkan  6 orang lagi anak hasil perkahwinan pertamanya sebelum ini.

Sumber: Buletin TV3 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd