Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Cakra Khan sertai program America’s Got Talent, Peminat Titip Doa

Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan telah berkongsi gambar di Instagram dengan meminta agar peminat mendoakannya apabila menyertai program mencari bakat, America Got Talent.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bismillah, mohon doanya semuanya semoga diberi kelancaran,” tulisnya.

Dia juga turut memuat naik gambar laluan ke pentas America Got Talent dengan menyertakan emoji hati sebagai kapsyen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rata-rata berikan sokongan

Perkongsian yang dibuat oleh pelantun lagu Harus Terpisah ini telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet.

Rata-rata memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepadanya bagi mengharungi pertandingan besar yang diikuti ketika ini.

Semoga urusan dipermudah

Suara memang berkelas!

Semoga dapat golden buzzer

 

Pemilik nama sebenar Cakra Konta Paryaman  ini memulakan karier sebagai seorang penyanyi apabila mengeluarkan single Harus Terpisah pada 2012.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baru-baru ini, Cakra telah membuat konsert di Malaysia bagi meraikan sedekad bergelar penghibur dan mendapat sambutan begitu hangat memandangkan namanya sudah cukup gah di Indonesia bahkan di Malaysia.

Sumber: Instagram Cakra Khan

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd