Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Keluar Beli Makanan Berbuka, Litar Pintas Dipercayai Punca 4 Beradik Maut

Hasrat seorang ibu yang meninggalkan empat orang anaknya di kediaman untuk mencari kelengkapan juadah berbuka puasa bertukar tragedi apabila kesemua anaknya ditemui meninggal dunia.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz memaklumkan insiden menyayat hati itu berlaku sekitar jam 7.49 malam semalam.

Difahamkan, empat adik-beradik iaitu Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3, disahkan meninggal dunia ketika ditemui di dalam bilik air rumah mereka.

Menurut Raiz Mukhliz, ibu yang berusia 31 tahun itu terpaksa keluar sebentar untuk pergi ke kedai berhampiran manakala ayahnya bekerja di sebuah restoran sekitar bandar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Maklumat awal oleh ibu mangsa mengatakan keempat-empat anaknya ditinggalkan sementara di rumah dalam keadaan pintu bahagian dapur tidak berkunci.
“Bagaimanapun, kita percaya keadaan api marak menyebabkan empat beradik ini gagal mencari jalan keluar sebelum kesemua mayat ditemukan di dalam tandas dipercayai bagi tujuan menyelamatkan diri,” katanya.

Apa yang lebih menyedihkan, ibu yang meninggalkan anaknya selama 10 minit itu mendedahkan dia mengetahui kejadian tersebut selepas dihubungi oleh jiran berdekatan dengan rumahnya.

Kes tersebut diklasikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas namun masih dalam siasatan oleh pihak bomba.

Terdahulu, seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran.

Bomba mengambil masa selama lima minit untuk mengawal kebakaran yang berlaku dan pemadaman berjaya dalam beberapa minit kemudian dengan kemusnahan sebanyak 80 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Ahmad Ismail)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd