Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Remaja Lelaki Lemas, Terjatuh Sebelum Menyeberangi Longkang

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang di Jalan Mahkota 7, Taman Ungku Aminah, Johor Bharu, petang tadi.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Pegawai Bomba Kanan II, Faisal Ismail, pihaknya mendapat maklumat tentang kejadian berkenaan pada jam 4.01 petang.

Sejurus itu, seramai 12 anggota bomba berserta empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati tubuh mangsa terbangkut pada pembetung.

“Setibanya di lokasi, didapati tubuh mangsa berada dalam keadaan tersangkut di pembetung selepas terjatuh longkang.
“Anggota kemudian mengeluarkan mangsa menggunakan tali, sebelum mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Sarawak itu tinggal di flat berhampiran lokasi kejadian dan ia dipercayai berlaku ketika mangsa sedang berjalan bersama dua rakannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang berjalan di kawasan berdekatan bersama-sama dua rakannya sebelum dia terjatuh ketika cuba menyeberangi longkang berkenaan.
“Ketika itu air di longkang sudah penuh dan mangsa dihanyutkan arus yang agak deras,” katanya.

Mayat mangsa kemudianya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,selain operasi berjaya ditamatkan pada jam 5.15 petang tadi.

Sumber: Kosmo! Online (Khairul Mohd. Ali)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd