Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pengarah & Pelakon Filem Mentega Terbang Diugut, Kereta Pula Dirosakkan

Kereta pengarah dan penulis skrip filem kontroversi Mentega Terbang, Mohd Khairi Anwar Jailani serta pelakon karya tersebut disimbah cat dan bahan asid hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, kereta jenis Proton Saga berwarna merah dan Toyota Vios berwarna putih itu dipenuhi kesan cat berwarna merah dan hitam selain simbahan asid berserta nota ugutan bunuh.

“Cat serta asid disimbah ke kereta pengarah dan pelakon Mentega Terbang oleh individu tidak dikenali. Turut ditinggalkan nota ugutan bunuh terhadap mereka dan keluarga.
“Nota ugutan bunuh turut disertakan yang bertulis ‘Lu dengan family mesti mati’ dan nota amaran ‘Mentega Terbang jangan cabar agama Islam’,” kongsi seorang wartawan di laman Twitter @amerhadiazmi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peguam Zaid Malek yang mewakili kedua-dua mangsa memaklumkan, anak guamnya telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut pagi tadi.

“Mereka memberitahu kejadian disedari pagi tadi ketika hendak keluar dari rumah. Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya dan Kajang.
“Persoalannya sekarang bagaimana orang awam mengetahui yang mana satu kenderaan mangsa dan di mana rumah mereka, perkara ini perlu diulas oleh pihak berkuasa,” katanya.

Zaid berkata, keselamatan anak guamnya turut terancam apabila menerima ugutan mesej selepas memberi keterangan pada pihak polis.

“Kami harap perlindungan sewajarnya dapat diberikan kepada mereka kerana suasana di negara juga sedang ‘hangat’ disebabkan golongan tertentu memainkan isu ini,” ujarnya lagi.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi), Twitter @amerhadiazmi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd