Umum mengetahui, hubungan penyanyi terkenal antarabangsa, Shakira dengan pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique menemui titik noktah apabila lelaki itu berlaku curang.
Wanita tak patut bergantung hidup pada lelaki
Terbaharu, memetik portal antarabangsa, pemilik nama Shakira Isabel Mebarak Ripoll menegaskan setiap wanita seharusnya tidak bergantung hidup dengan lelaki dalam hidup mereka.
Katanya, persepsinya suatu ketika dahulu adalah salah di mana sikap terlalu bergantung dengan lelaki boleh menyeksakan diri sendiri sahaja.
“Sebelum ini, saya percaya bahawa bahawa wanita memerlukan lelaki untuk melengkapi hidup. Saya terlalu bergantung pada mereka untuk menjalani kehidupan bersama dua orang anaknya.
“Tapi, selepas berpisah, baru saya sedar bahawa wanita perlu kuat dan tidak terlalu berharap dengan lelaki untuk menjalani kehidupan,”ujarnya.
Tempat penyondol di neraka!
Dalam pada itu, penyanyi lagu Waka Waka memberitahu dia sangat membenci mereka yang menjadi pemusnah kebahagian orang lain. Katanya lagi, neraka adalah tempat yang sesuai buat golongan wanita ‘pemusnah kebahagiaan’.
“Kepada wanita yang memusnahkan kebahagiaan orang lain, tempat mereka adalah di neraka!”tegasnya.
Sekadar info, Shakira dan Pique menjalin hubungan sejak 2011 selepas bertemu di set video muzik bagi lagu Waka Waka menjelang Piala Dunia 2010.
Meskipun sudah lama menjalinkan hubungan dan mempunyai dua orang cahaya mata, mereka masih belum terikat secara sah sebagai suami isteri.
Sumber: Independent.co.uk