Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Curah Air Minum Di Menu Rahmah? Netizen Dakwa Exco Terengganu Hina Rezeki

Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan dilihat sebagai satu inisiatif yang baik bagi membantu mereka yang kekurangan budget untuk makan.

Dengan harga yang berpatutan, golongan B40 terutamanya dapat menikmati juadah lengkap tanpa harus berlapar. Apa yang lebih menggembirakan, ramai peniaga mulai mengikuti jejak langkah tersebut bagi sama-sama membantu mereka yang memerlukan.

Kutuk Menu Rahmah?

Namun, tak semua merasakan perkara tersebut menguntungkan apabila ada pihak sengaja mencetuskan provokasi dengan mengatakan juadah ikan, sayur dan nasi  yang disediakan tidak menyelerakan.

Terbaru, tular di media sosial apabila Exco Negeri Terengganu dikatakan menjamah makanan dan mencurah air minuman ke dalam pinggan dengan mengatakan yang nasi ditelannya begitu ‘kering‘.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan tersebut menuai pelbagai maklum balas negatif oleh pengguna media sosial terutamanya netizen di Twitter kerana dikongsikan semula ke akaun Twitter Shahbudin Husin.

Menurut mereka, apa yang dilakukan Exco Terengganu itu seperti menghina rezeki kerana mengatakan nasi yang dijamah tersebut ‘kering’ sedangkan sudah habis dimakan dan hanya tinggal sisa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kadang harga Menu Rahmah macam tu pun ada yang tak mampu

Tambah netizen lagi, jika dia tidak bersetuju sekalipun dengan juadah tersebut, janganlah melakukan perkara seperti itu kerana ada yang menjamah makanan hanya berkuahkan air suam.

Ada yang dah makan ‘menu rahmah’ sepanjang hidup

Kadang nak bersyukur tu susah

Pernah nampak orang makan ikan sekor kongsi ramai2

Baru pegang jawatan dah sombong

Walaupun beliau tidak menyebut secara langsung sama ada makanan tersebut adalah Menu Rahmah ataupun tidak, sekurang-kurangnya tidak perlulah mencurai air minuman berperisa oren ke dalam makanan dan mempertikaikan lauk pauk yang disajikan.

Perkara tersebut bukan hanya mengguris hati dan perasaan mereka yang kurang berkemampuan tetapi seakan menghina rezeki yang telah diberikan.

Sumber: Twitter Shahbudin Husin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd