Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tarik Serik Buat Pembedahan Plastik, Bebizie Fatlanay Nak ‘Renovate’ Buntut Pula

Penyanyi dangdut Indonesia, Bebizie Fatlanay memaklumkan dia tidak akan pernah serik untuk melakukan pembedahan plastik pada anggota badan demi memuaskan ‘nafsu’ sendiri.

Menurut laporan Detik.Hot, Bebizie atau nama sebenarnya Sari Sri Mulyat mendedahkan dia sudah membuat pembedahan plastik di beberapa tubuh badan seperti payudara, paha, tangan dan perut.

Bukan itu sahaja, Bebizie turut memberitahu dia telah menghabiskan wang berjumlah RM131,184 (Rp450 juta) untuk memperlihatkan dirinya cantik.

“Saya jalani pembedahan itu untuk diri sendiri bukan untuk orang lain. Saya mula menjalani pembedahan setelah menjadi janda sejak 10 tahun ini. Saya buat bukan sebab tak percaya diri,” katanya.

Ujar penyanyi yang berusia 41 tahun itu lagi, dia juga pernah membuat proses tanam rambut di Turki hanya semata untuk nampak lebih muda daripada usianya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, dia juga memberitahu tidak pernah puas untuk melakukan pembedahan plastik sehingga mendapat keputusan yang diinginkan.

Malah, punggung adalah bahagian seterusnya dia akan menjalani pembedahan namun, proses tersebut memerlukan banyak perbelanjaan.

“Ada satu lagi yang belum saya buat iaitu punggung. Saya sekarang sedang menyusun jadual saya memandangkan banyak kerja yang perlu saya selesikan selain mengumpul duit.
“Untuk pembedahan di punggung ini perlukan satu bulan untuk berehat malah saya juga bakal menghabiskan RM58,302 (Rp200 juta) untuk pembedahan berkenaan,” jelasnya lagi.

Sumber: Detik.Hot (Mauludi Rismoyo)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd