Buat peminat siri K-Drama pasti sudah mengetahui kehadiran pelakon kesayangan mereka, Park Seo-joon di Malaysia bagi sebuah sesi meet & greet 300 pemenang bertuah Jom Minum MILO yang akan berlangsung di Sunway Pyramid, hari ini.
Meriahnya sambut kehadiran Park Seo-joon di airport
Bagi peminat yang terpilih sebagai pemenang dan mahu bertemu secara langsung dengan pelakon drama What’s Wrong with Secretary Kim, lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah pilihan yang tepat.
Semalam, kehadiran Seo-joon atau kini mesra dikenali di kalangan peminat ‘abang MILO’ disambut meriah oleh ribuan peminat Malaysia.
@ozil__ Parkseojoon saranghae #parkseojoon #parkseojoondatangmalaysia
@hnna.aini He’s here! Welcome to Malaysia oppa🫶🏻Park seo joon💓#fyp#psj#parkseojoon#psjsahabatmilo#parkseojooninmy
@byqatnis Aaaa malam ni berkejaran nak jumpa ParkSeoJun. Welcome to Malaysia!!! #Milo #PSJSahabatMilo
@wanitabumi jun😭 #parkseojoon #psj
@jelitaaaaa___ #parkseojun #milo #klia #ke671 #korea #fan #keadaan sebentar tadi di klia ya
Rombongan umrah pun tercengang
Bukan itu sahaja, turut tular sebuah video yang dirakam oleh pengguna TikTok, AriffSyauqi memaparkan situasi kemeriahan semasa ketibaan aktor berusia 34 tahun itu.
Ariff sempat berseloroh dengan membuat perbandingan antara dua kelompok berbeza yang berada di KLIA ketika itu.
“Yang belah ni nak pergi umrah, yang belah ni sambut artis Korea,”selorohnya.
@ariffsyauqi
Segarnya udara hari ini…
Sementara itu, meninjau di ruangan komen rata-rata warganet meluahkan kesyukuran dan keterujaan apabila selebriti tersohor Korea Selatan itu tiba di Malaysia.
Mereka juga menyifatkan kehadiran Park Seo-joon seakan membawa aura berbeza memandangkan dapat menghirup udara segara bersama artis kesayangan di Malaysia.
Dah minum MILO la tu sampai bertenaga boleh lari
Selain itu, ada juga berseloroh dengan mengatakan peminat sudah minum MILO sebelum tiba di KLIA bagi menyambut kehadiran sahabat baik kepada ahli kumpulan BTS iaitu V.
Sekadar info, rata-rata peminat setia Park Seo-joon sudah berkumpul di Sunway Pyramid seawal jam 10 pagi lagi. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada para pemenang bertuah kerana dapat berjumpa dengan oppa Seo-joon, saranghae ~!