Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Baru Keluar Penjara, Lelaki Tergamak ‘Makan’ Bekas Isteri

Seorang lelaki berusia 21 tahun yang baru sahaja dua minggu bebas dari penjara atas dakwaan penganiayaan dilaporkan kembali membuat ‘kecoh’.

Memetik laporan antvklik, pemuda berasal dari Karang Duwek, wilayah Jawa Timur, Indonesia kembali menjadi tahanan semula selepas bertindak merogol bekas isterinya, baru-baru ini.

Pegawai polis Bangkala, Wiwit Ari Wibisono berkata, pada mulanya bekas isteri pelaku menyambut lelaki berkenaan keluar dari tahanan. Malangnya, mereka berdua tidak jadi bertemu.

Namun, pelaku bertindak menghubungi bekas isterinya melalui telefon, katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saat penjemputan, korban tidak bertemu pelaku hingga korban pulang, namun pelaku menghubungi korban lewat telepon,”ujar Wiwit.

Setelah itu, mereka bertemu dan lelaki berkenaan membawa bekas isterinya ke tengah hutan sehinggalah dia tergamak merogol mangsa.

“Korban sama Pelaku bertemu di Jalan, lalu korban ini di bawa ke hutan atau kebun, lalu pelaku melakukan permerkosaan.
“Korban di tinggal, kemudian pelaku datang lagi dan melakukan perbuatan yang sama untuk kedua kalinya,”katanya lagi.

Wiwit berkata, pemuda berkenaan datang lagi ke tempat kejadian dan melakukan perbuatan yang sama buat kali kedua dan selepas melakukannya, dia membawa bekas isterinya pulang dan memintanya tidak mendedahkan perkara tersebut kepada orang lain.

Berikutan itu, pelaku ditahan dan berdepan hukuman maksimum 12 tahun penjara jika didapati bersalah.

Sumber: antvklik

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd