Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sempena Ulang Tahun Anak ke-1, Atta Halilintar & Aurel Sambut Dalam Program Televisyen

Pasangan selebriti Indonesia terkenal, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah dikhabarkan bakal menyambut hari lahir tahun pertama anak sulungnya iaitu Ameena.

Menurut laporan Detik.Hot, sambutan ulang tahun itu bakal dilakukan dalam satu program televisyen dan difahamkan persiapan menuju hari tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.

Bukan itu sahaja, program tersebut akan disiarkan secara langsung kepada umum menerusi saluran indosiar ternyata membuat ramai peminatnya tidak sabar untuk menontonnya.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Ameena Hanna Nur Atta (@ameenaatta)

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Attar di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa teruja untuk bersama-sama menyambut hari kelahiran anak perempuan kesayangannya itu bersama dengan peminat.

“Makcik, pakcik ulang tahun aku di televisyen. Ameena menyanyi atau tidak ya?” kata Attar.

Peminat dah tak sabar!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak sabar untuk menantikan hari tersebut yang bakal disambut dengan meriah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Boleh tengok kat YouTube je nanti!

Malah, ada juga netizen yang memaklumkan jika ada individu yang terlepas untuk menonton siaran secara langsung, mereka tidak perlu bimbang kerana boleh melihat siaran ulangan di laman YouTube.

Sumber: @Detik.Hot (prih prawesti febriani), Instagram @attahalilintar

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd